Sunday 25 March 2012

HASIL KARYA ULFAH SEJATI

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ 



Alhamdulillah..Disini kami ingin memperlihatkan hasil karya daripada Ulfah sejati sendiri. Kami berenam sepakat untuk menghasilkan video ini untuk menaikkan lagi blogspot yang kami tubuhkan untuk kerja kursus pend. kerohanian Islam yang akan dihantar pada hari Isnin 26/3/2012 ini. Isi di dalam video ini cukup padat dan menarik serta sesuai untuk di tonton oleh semua golongan masyarakat terutama kanak-kanak.





Pelakon-pelakon : Nur Shahirah Zahari, Norrehan Che Lah, Nur Syafiqa Abdul Aziz, Adibah Arshad dan Siti Murni Ishak.

Cameragirl : Farah Najwa Asri

Lokasi pengambaran di sebelah bangunan Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak, Damansara Perdana.

ABM 5. CARA BERWUDUK DAN SOLAT

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam Ukhwah dari Ulfah Sejati

Alhamdullilah syukur nikmat... Syukur ke hadrat ilahi.
Hari ini kami akan masukkan lagi 1 ABM yang akan membantu dan boleh di ajar untuk kanak-kanak. ABM yang kami pilih adalah media iaitu video. Guru boleh mendidik kanak-kanak dengan menggunakan ABM seperti ini. Dengan adanya ABM yang senang untuk diterangkan kepada kanak-kanak, nescaya di sini pengajaran dan pembelajaran didalam kelas akan lebih menarik minat kanak-kanak.



ABM yang kami masukkan ini adalah mengenai cara mengambil wuduk dan cara bersembahyang. Didalam video ini hanya menunjukkan cara mengambil wuduk dan cara bersembahyang. Sekiranya guru mahu pembelajaran didalam kelas lebih menarik guru juga boleh menunjukkan cara untuk mengambil wuduk dan bersembahyang didalam kelas ataupun surau. Selain dari itu guru juga boleh menyuruh kanak-kanak untuk melakukkan pergerakkan yang sama seperti yang dilihat didalam video yang ditunjukkan diawal sesi pembelajaran bermula.


Salam ukhwah dari kami...

 ULFAH SEJATI

Saturday 24 March 2012

ABM 4. BUKU CERITA UNTUK KANAK-KANAK


- Buku cerita amat sesuai di jadikan sebagai ABM kepada kanak-kanak kerana terdapat banyak pengajaran kepada kanak-kanak .
 -kanak-kanak juga dapat berimiginasi dengan tinggi.
- Dapat meningkatkan pengetahuan kanak-kanak, di samping perkembangan bahasa kanak-kanak juga turut ditingkatkan.




ABM 3. KAD GAMBAR

KAD GAMBAR
(Mari membaca Jawi)


CONTOH KAD IMBASAN BESERTA DENGAN PERKATAANNYA
.
1.  Melalui kad imbasan ini,Kanak-kanak dapat mengenal huruf jawi dan kanak-kanak dapat belajar mengeja perkataan tersebut dengan mudah.
2. kanak-kanak juga dapat mengenal gambar yang terdapat di dalam kad imbasan ini.


Thursday 22 March 2012

ABM 2. KAD IMBASAN

::Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh:: ~~ Ahlan Wasahlan ~~

 Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.. Alhamdullilah dengan berkat Allah SWT hari ini Ulfah Sejati akan menerangkan ABM kedua kami iaitu Kad Imbasan.

Kad Imbasan ini sangat berkesan untuk meningkatkan perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek (JERI) kanak-kanak. Cara untuk membacanya jugak tidak payah, kerana hanya menunjukkan sekeping kad imbasan tersebut guru, pengasuh atau ibu bapa membacanya sebanyak 3 kali dan menyuruh kanak-kanak tersebut mengulangi apa yang didengarnya. Kad Imbasan "Alif Ba Ta" ini sangat sesuai untuk semua golongan kanak-kanak dan akan meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

KAD IMBASAN


Selain dari itu, kad ini juga boleh di cantumkan menjadi seperti gambar di bawah :






Setelah kami kaji, Kad Imbasan di atas adalah perkataan-perkataan mudah untuk di fahami oleh kanak-kanak. Kad Imbasan ini juga sangat mudah digunakan untuk membuat ayat. Seperti apa yang kita lihat,  permulaan pembelajaran kanak-kanak lebih senang dan mudah untuk mempelajari bahasa jawi dengan menggunakan kad imbasan bercantum seperti di atas.

Sekian sampai disini sahaja ABM 2 kami...

Dan nantikan ABM 3 kami ok :)

Salam Ukhwah dari kami,

ULFAH SEJATI

Tuesday 20 March 2012

ABM 1. Alif Ba Ta

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Salam 1 Malaysia
Disini kami lampirkan salah satu ABM yang boleh membantu perkembangan kanak-kanak...
Video ini juga kami ambil untuk salah satu ABM kerja kursus kami iaitu Pendidikan Perkembangan Kerohanian Pendidikan Islam..




Antara contoh Abm


Salam………………kepada rakan-rakan terima kasih kerana mengunjungi blog ulfah sejati.Kepada sesiapa yang mahu join,join la blog kami……hehehe….Hari ini,kami mahu berkongsi berkenaan tentang beberapa  bahan  yang boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar.Alat bantu mengajar ini mampu membantu kanak-kanak lebih cepat memahami dan mempelajari sesuatu. kami teruskan dengan tujuan utama kami:
Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan yang mampu membantu pendidik adalah:
   1. Kad imbasan
-Membantu kanak-kanak untuk menghafal dan mengingat. 


 2. Warna air
-Menarik minat  kanak-kanak untuk belajar melukis,mewarna dan menulis.Penggunaan warna air mampu menarik minat kanak-kanak belajar kerana penggunaan warna yang menarik mampu merangsang minda kanak-kanak dengan berkesan.

   3. Pasir
-Pasir boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak menulis dan melukis di atas pasir.Cara ini mampu menarik perhatian kanak-kanak dan memudahkan kanak-kanak belajar.


4. Tanah liat
-Kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran fizikalnya dalam membentuk,melipat dan sebagainya.

   5. Komputer
-komputer banyak kegunaannya yang memudahkan guru untuk mengajar kepada kanak-kanak dengan adanya animasi,bunyi dan sebagainya yang mampu memberi proses pembelajaran yang berkesan.Guru harus pandai dan kreatif dalam menggunakan komputer.

   6. Kad gambar
 -Boleh digunakan untuk memperkenalkan sesuatu kepada kanak-kanak seperti haiwan,kenderaan dan sebagainya.

   7. Peta minda bergambar 
   -mampu merangsang minda kanak-kanak.

   8. Video
   -sesuai dengan pembelajaran kanak-kanak.

   9. Alat permainan
-Contohnya:Puzzle,Play doh.


Thursday 15 March 2012

TUGASAN BERKUMPULAN

SOALAN

Secara berkumpulan (5-6 orang), bangunkan ABM yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian kandungan pengajaran (pilihan topik adalah bebas TETAPI mesti mempunyai unsur-unsur pendidikan Islam dan tidak bertentangan dengan syarak dan adab-budaya orang Islam) dan tahap umur kanak-kanak. anda boleh memilih samada ABM tersebut berbentuk boneka ( puppet ), kraf tangan, bahan-bahan maujud, bahan multimedia atau alam semulajadi / sekitar. Seterusnya anda dikehendaki mempromosikan ABM ini dalam sebuah blog yang telah dibangunkan oleh kumpulan anda. Akhir sekali, siapkan laporan mengenai aktiviti ini.

KOLEJ PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK



DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


PENDIDIKAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN(PEND. ISLAM)
      (DTM 403 (a) )


        Disediakan Untuk

                                          PUAN HALIZA IDRIS



Disediakan Oleh
Nama Ahli Kumpulan
No Matrik
Adibah Binti Arshad
Norrehan Binti Che Lah
Siti Murni Binti Ishak
Farah Najwa Binti Asri
Nur Syafiqa Binti Abdul Aziz
Nur Shahirah Binti Zahari

A1002123
A1002121
A1002122
A1002143
A1002146
A1002093
Kohort 9a (g3)

mari mengenali Malaikat-malaikat Allah


Wednesday 14 March 2012


Assalamuailaikum……sahabat
Kadang-kadang hidup ini penuh saja dugaan yang mendatang..kita tidak boleh alpa dengan semua ini…dugaan ini lah yang memberikan kita semangat untuk melangkah lebih jauh lagi.. dengan ini sahabatku jangan engkau lemah dan terus bangkit untuk menuju kejayaan didunia mahupun diakhirat kelak…
Dalam blog ni..kami selitkan kata-kata semangat kepada para blogers……
Semoga kata-kata ini memberikan semangat kepada semua….insyaAllah J
v Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.
 Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.
 Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan
 Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
 Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.
 Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.
 Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan.

Friday 9 March 2012

Definisi pengajaran dan pembelajaran


Apa itu pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Apakah ciri-ciri Pengajaran?

  • guru dan murid,
  • guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
  • hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
  • melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
  • melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
  • ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
  • boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan guru-murid serta berpusatkan sumber,
  • meliputi rancangan mengajar (KOPI),
  • proses yang melibatkan interaksi dua hala,
  • ada unsur sains dan seni.


Apa dia pembelajaran?

Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)  dalam The Condition of Learning, pembelajaran  merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang  dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.


Pembelajaran :

  • Satu proses yang berterusan,
  • Secara formal dan tak formal,
  • Secara formal melalui sekolah – membaca, menulis  & mengira dsb.,
  • Secara tak formal melalui rakan sebaya, keluarga, media massa, persekitaran.
  • Mempunyai teori-teori atau mazhab pembelajaran,
  • Empat mazhab pembelajaran utama – behavioris, kognitif, sosial dan humanis.

Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P


Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah
  1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
  2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai
  3. Merancang pengajarannya
    • Set iduksi
    • Perkembangan P&P
    • Penutup
  4. Menentukan strategi P&P
  5. Menyediakan bahan bantu pengajaran
  6. Menyediakan penilaian

Wednesday 7 March 2012

knowledge is the light of our lives


"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Saturday 3 March 2012

selamat petang

Assalamualaikum dan selamat petang sahabat... hari ni kami nak post tentang konsep menuntut ilmu.

Konsep Ilmu


Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu. Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asas-asas tauhid dan disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1998:19).


Dasar ini jelas melalui wahyu pertama iaitu surah Al-‘Alaq yang menyatukan antara tauhid (melalui sifat al-Khaliq mutlak) dengan ilmu (Muhammad Dawilah,1993:9). Semua pancaindera zahir dan batin yang dijadikan oleh Allah adalah bermatlamatkan pencarian ilmu yang benar. Lantaran itu manusia yang tidak menggunakan pancaindera tersebut untuk mendapatkan ilmu yang benar akan dikutuk. Hal ini jelas melalui firman Allah S.W.T,


"Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakkan Jin dan manusia, bagi mereka ada jantung hati (tetapi) tidak mengerti dengannya, dan bagi mereka ada mata (tetapi) tidak melihat dengannya, dan bgai mereka ada telinga (tetapi) tidak mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lengah." (Al-‘Alaq:179)

Friday 2 March 2012

pengertian pendidikan islam



Pendidikan Islam mempunyai dua maksud.  Pertama pendidikan Islam Umum dan kedua pendidikan Islam khusus (Hasan Langgulug, 1995). Pendidikan Islam umum ialah pendidikan yang diberi kepada orang Islam dalam semua keadaan, seperti di sekolah, di rumah, di kedai, di hospital, di jalan dan lain-lain.  Ia termasuk dalam semua hal, dalam ekonomi, sosial, politik, teknik, pelajaran, permainan, sukan, pekerjaan dan sebagainya.  Pendidikan Islam khusus ialah mata pelajaran sekolah, iaitu yang termasuk di dalamnya ilmu-ilmu seperti Tauhid, Fiqah, Tafsir, Hadis, Akhlak dan sebagainaya.  Jadi, bila disebut pendidikan Islam, ia tidak semestinya bermaksud mata pelajaran agama di sekolah, malah ia  bermaksud lebih luas lagi, iaitu segala usaha untuk mendidik orang Islam menjadi muslim.
            Dengan demikian, jelas kepada kita bahawa pendidikan Islam itu ialah satu usaha mendidik insan muslim melalui nasihat, pengetahuan, ilmu, penghayatan, contoh, sekolah, rumahtangga, masyarakat, alam sekitar dan lain-lain.  Mata pelajaran sekolah ialah Pengetahuan Agama Islam atau Agama atau Ilmu Agama, atau Pengetahuan Islam.  Pendidikan Islam sepatutnya terdapat dalam semua mata pelajaran sekolah yang disampaikan oleh semua guru yang beragama Islam, manakala ilmu Agama itu merupakan satu wadah dalam pendidikan. 

persahabatan


KOLEKSI HADITH DAN AYAT AL-QURAN
Berkaitan Dengan Kawan, 
Persahabatan dan Persaudaraan Menurut Islam


Kawan, persahabatan dan persaudaraan mempunyai makna yang menjunjung prinsip kehidupan. Saya telah menyusun beberapa hadis dan ayat-ayat Al Quran berkaitan dengan persahabatan untuk dijadikan rujukan.

Ayat Al Quran Mengenai Persahabatan


Sahabat Pada Hari Kiamat
(Pada hari kiamat kelak) orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa." (al-Zukhruf:67)
Hadis Persahabatan: Memilih Kawan"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya, maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat." (Riwayat Ahmad)


Ayat Al Quran Berkenaan Persahabatan: Orang Zalim Yang Menggigit Jari"Pada hari itu orang yang zalim menggigit tangannya (jari) dengan penuh penyesalan sambil berkata alangkah baiknya kalau aku dahulu menurut ajaran Rasul Allah. Wahai alangkah baiknya kalau aku tidak menjadikan si anu sebagai sahabat karib. Ia telah menyesatkan aku dari mengingati pesanan (Allah) setelah peringatan itu datang. Memang syaitan akan melepaskan diri dari kejahatannya terhadap manusia. (Al-Furqan: 27-29)


Hadis Persahabatan: Tukang Besi dan Penjual Minyak Wangi"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jangkitan Orang Durjana"Jangan bersahabat dengan orang yang durjana nanti menjangkit kedurjanaanya kepada anda. Awas dari berkawan dengan rakan/sahabat yang jahat." (Al-Mustadrak ala al Sahihain)


Hadis Mengenai Persahabatan: Orang Mukmin"Jangan bersahabat kecuali dengan orang Mukmin." [Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Jamuan Orang Bertakwa"Janganlah memakan jamuan anda melainkan orang yang bertaqwa." (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Cermin"Orang Mukmin adalah ibarat cermin bagi Mukmin yang lain. Mereka bersaudara di antara satu sama lain. Memelihara harta bendanya dan melindungi kepentingannya masa ketiadaannya" (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah." (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)


Hadis Persahabatan: Memanfaatkan Kelebihan Diri Untuk Menolong Orang Yang Tidak Ada Kelebihan Tersebut
"Sesiapa yang mempunyai kelebihan tunggangan maka hendaklah dia membantu memudahkan untuk orang-orang yang tidak mempunyai kenderaan. Sesiapa yang mempunyai bekalan lebih maka hendaklah dia membantu orang yang tidak mempunyai bekalan." (Riwayat Muslim)


Hadis Persahabatan: Rasa Sayang
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Doa Untuk Sahabat
Umar Ibnu al-Khattab meriwayatkan:

Pada suatu ketika saya memohon izin daripada Rasulullah s.a.w. untuk pergi menunaikan umrah. Baginda mengizinkan saya. Beliau berpesan “Jangan lupa mendoakan kami wahai saudaraku.”. Saya amat berbesar hati dengan ungkapan Baginda tersebut. (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Bermanis Muka
Abu Dzar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jangan engkau memandang kecil perbuatan yang baik, walaupun sekadar bermuka manis apabila bertemu dengan sahabat” Riwayat Muslim)


Hadis Persaudaraan: Dua Muslim Berjabat Tangan
Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah” (Riwayat Abu Daud)


Hadis Persahabatan: Sering Ziarah-Menziarahi
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman:

“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)” (Riwayat Ahmad)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Kelahiran Anak

“Semoga Allah memberkati anda dengan kelahiran anak ini. Semoga anda bersyukur terhadap kurniaan Allah, mudah-mudahan anda dikurniakan kebaikan setelah ianya membesar.” (Diriwayatkan daripada Hussein Saidina Ali)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Perjalanan Jauh

“Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan anda dalam perjalanan, mempertemukan saya dengan anda serta telah memuliakan anda dengan perjalanan tersebut.” (Diriwayatkan daripada Para Leluhur Silam; Salaf)


Hadis Persaudaraan: Ucapan Untuk Sahabat - Pulang Dari Medan Perjuangan Atau Jihad

“Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadamu kejayaan, kemuliaan dan pengorbanan.” (Riwayat Muslim, Nas’I daripada A’isya)


Hadis Persahabatan - Ucapan Untuk Saudara - Pulang Dari Menunaikan Haji

“Semoga Allah menerima ibadah hajimu, mengampunkan dosamu, serta menggantikan semula harta yang telah anda belanjakan.” (Riwayat Ibnu Sunni daripada Ibnu Umar)


Hadis Persahabatan: Memberikan Hadiah

Ad-Dailami meriwayatkan daripada Anas r.a.; Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud; “Kerapkanlah memberi hadiah kerana ia boleh meneguhkan kasih sayang dan menghilangkan persanggitan hati.” (Riwayat Thabrani)

Dalam hadith yang lain Baginda bersabda:

“Hendaklah kalian saling memberi hadiah, kelak kalian akan lebih mesra dan kasih.” (Riwayat Malik)


Hadis Berkenaan Persaudaraan Dalam Islam: Tujuh Hak Seorang Muslim Daripada Muslim Yang Lain.
Rasulullah s.a.w. menerangkan:

“Tiap orang MuKmin telah diwajibkan oleh Allah mendapat tujuh hak daripada orang mukmin yang lain:

1. iaitu memandangnya dengan penuh penghargaan,
2. menyimpan perasaan mesra dalam hati terhadapnya,
3. menghulurkan simpati dengan harta sendiri,
4. mengharamkan perbuatan mengumpat terhadapnya,
5. menziarahinya ketika sakit,
6. mengiringi jenazahnya (apabila meninggal dunia) dan
7. tidak menyebut tentangnya kecuali yang baik sahaja setelah ketiadaannya.”

(Riwayat Ibnu Babawaih)

assalamualaikum

this is our blogger !!! ulfah sejati ialah sebuah persahatan yang xkan pernah putus, walau digoncang ombak badai lautan hubungan antara kami berenam tidak bakalan putus dan hancur !

sayang semua ...